11 AMALAN YANG TERBALIK ?
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalahterbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntutolehIslam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikutdengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan
kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untukkeluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan danbelanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yanghadirmakan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anakyatimyang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belumdibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke
kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerapsalamberisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nakdikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapikalauia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnyakalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau kekenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untukdiberimakan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika
menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantikkemasdan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid,pakaianlebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatuperbuatanyang terbalik.
4. Kalau menjadi
tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau
bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,sangatmalas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumahseperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan dibulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat daribermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, makadibuatkenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke
kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas,takribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah.Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak kerumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi
berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini
membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk
forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebuttidakbenar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangatnak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dadamenerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidupkitamenurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubahmengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yangmenentukanperaturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
p/s: tq
muhdhadafi@gmail.com untuk ini :D
Baca Seterusnya...