Monday, December 22, 2008

Hebatnya SOLAT umat nabi Muhammad

Allah S.W.T selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu
Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail AS berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah S.W.T. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail AS solat, maka Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang Nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail AS berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Jibrail
AS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3,000 tahun, terbanglah malaikat
Jibrail AS selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya? "



Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3,000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).


* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

ikhsan sahabat : mohamad_shawal@yahoo.com

No comments: