Waktu
Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ianya boleh disaksikan dari setiap pelusuk bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat. Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, Umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengahari di Mekah adalah bersamaan jam 5.16 petang (28 Mei) dan 5.28 petang (16 Julai) di Malaysia.
Bayang
Maka pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan(bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda sedang menghadap arah kiblat.
Keliru
Terdapat juga segelintir masyarakat yang keliru apabila isu semakan arah kiblat diwarwarkan, dengan andaian bahawa arah kiblat sentiasa berubah. Pendapat atau andaian sebegini adalah tidak benar sama sekali kerana Kaabah tidak pernah beralih, justeru kiblat tidak akan berubah. Apa yang dimaksudkan dengan peluang menyemak arah kiblat adalah bagi mereka yang belum melakukannya. Bagi yang telah melakukannya sebelum ini, semakan semula adalah tidak perlu, kecuali atas sebab-sebab keraguan atau sebagainya. (contoh: pembinaan semula, pemasangan semula karpet dsb.)
Rajah berikut adalah diterbitkan daripada Kalkulator Matahari yang menunjukkan waktu bayang matahari sama arah dengan kiblat pada waktu yang sama, iaitu 5.16 petang bagi beberapa bandar terpilih sebagai contoh. Fenomena begini hanya berlaku pada dua tarikh tersebut sahaja setiap tahun.
Kuala Terengganu;
Kangar;
Johor Bahru;
Kota Kinabalu;
Info:
- Penggunaan kaedah istiwa matahari untuk tujuan pengukuran dalam geografi dan ukur tanah merupakan kaedah yang telah diketahui hampir 3000 tahun dahulu. Misalnya Eratosthenes (200 SM) telah menggunakan kaedah ini untuk mengira ukur lilit bumi. Manakala ahli-ahli falak Islam pada zaman pertengahan telah menggunakan kaedah yang sama untuk penentuan latitud Mekah dan kota-kota besar Islam.
- Kaedah falak tradisional lebih bercirikan 'mesra pengguna', iaitu mudah dan menepati justifkasi fekah tentang ijtihad dan ikhtiar dalam menentukan arah kiblat.
- Secara umum, bagi tahun lompat tarikh 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan 16 Julai pukul 5.28 petang boleh terus digunakan, kerana kaedah tradisional ini memerlukan kita menggunakan panduan bayang yang sama arah dengan kiblat. Mengapa kaedah ini menyuruh kita menyemak bayang, bukan matahari? Jawabnya, secara praktik bayang satu garis lurus lebih mudah dijadikan panduan berbanding matahari. Perbezaan ¼ยบ kedudukan matahari atau 1 minit (ukuran waktu), tidak akan mengubah arah satu bayang objek tegak jika dilihat dengan mata. Begitu juga jika kita membandingkan waktu istiwa dari sehari ke sehari, kadar perubahannya hanya pada kadar purata 10 sehingga 20 saat. Justeru itu, kaedah ini boleh digunakan sehari sebelum dan selepas dengan ketepatan jam tangan yang rendah. Begitulah mesranya kaedah tradisional.
No comments:
Post a Comment